AP bincang sokongan tambahan bagi penjaga, mobiliti sosial pada hari ke-4 perbahasan Ucapan Presiden
Reposted from Source: Berita Mediacorp
Read the English version: Click Here
Published/Diterbitkan: 25 September 2025 11:50 PM (Updated/Dikemas Kini: 26 September 2025 12:58 AM)
Author: Davina Tham, Natasha Ganesan & Erin Liam (Translated by Berita Mediacorp)
Warga emas di pusat jagaan siang hari. (Gambar fail: CNA TODAY/Ili Nadhirah Mansor) (Source: Berita Mediacorp)
SINGAPURA: Sokongan tambahan untuk penjaga, usaha memastikan warga emas kekal aktif dan menangani ketidaksamaan sosial antara topik yang dibincangkan oleh Anggota Parlimen (AP) pada hari keempat perbahasan Ucapan Presiden pada Khamis (25 Sep).
Selama enam jam, 21 AP, termasuk dua menteri Kabinet, berucap sebagai memberi respons kepada seruan Presiden Tharman Shanmugaratnam untuk menggalak konsep "masyarakat diutamakan bukan individu", yang menitikberatkan kebaikan bersama
Konsep "masyarakat diutamakan bukan individu" membentuk sebahagian besar ucapan AP yang berucap, termasuk Pemangku Menteri Kebudayaan, Masyarakat dan Belia David Neo, yang berkata bahawa semua orang, sama ada individu, kumpulan masyarakat atau korporat, perlu memainkan peranan.
HAB NASIONAL DAN SKIM CUTI UNTUK PENJAGA
Sokongan tambahan bagi penjaga menjadi keutamaan bagi beberapa AP.
AP Elysa Chen (PAP-GRC Bishan-Toa Payoh) menyentuh tentang jurang seperti kekurangan pusat kegiatan siang hari dan tempat kosong yang ditawarkan oleh pusat-pusat ini, yang menyediakan penjagaan dan latihan kemahiran kepada golongan kurang upaya berusia 18 tahun ke atas.
"Masalah ini pada dasarnya disebabkan kekurangan dana kepada agensi perkhidmatan sosial (SSA) yang mengendalikan perkhidmatan ini, sekali gus memaksa SSA untuk menghadkan skala perkhidmatan mereka, kerana mereka tidak mampu mengikuti pengumpulan dana yang diperlukan untuk mengekalkan perkhidmatan ini," kata Cik Chen.
Beliau juga menyeru peningkatan pilihan rumah jagaan sementara (respite care), mencadangkan hab penjaga nasional, baik fizikal mahupun digital, di mana mereka boleh mendapatkan waktu rehat dan mengakses bantuan kewangan.
AP Valerie Lee (PAP-Pasir Ris-Changi) mencadangkan skim cuti baharu yang mencerminkan realiti penjagaan moden untuk menjaga ibu bapa yang semakin tua sementara mengimbangi pekerjaan sepenuh masa, seperti "cuti generasi terhimpit", yang berasingan daripada cuti penjagaan anak mahupun cuti sakit.
Beliau juga mencadangkan memupuk budaya tempat kerja yang menghargai keluarga, sebagaimana ia menghargai daya penghasilan.
Bagi menyokong penjaga lebih lanjut, AP Choo Pei Ling (PAP-GRC Chua Chu Kang) mencadangkan untuk menyepadukan mereka ke dalam program nasional sedia ada seperti Pemeriksaan SG Lebih Sihat - di mana rakyat yang layak boleh menerima pemeriksaan kesihatan bersubsidi - dan untuk menyertakan pemeriksaan kesihatan mental buat mereka dengan memanfaatkan penyedia sedia ada.
(Gemini Translated): Ibu yang kurang tidur yang bergelut dengan tuntutan bayi baharu, penjaga bagi orang tersayang dengan keperluan khas, dan anak dewasa yang menjaga ibu bapa mereka yang semakin tua.Ketiga-tiga kumpulan ini menghadapi cabaran penjagaan harian dan boleh memanfaatkan sokongan yang lebih kukuh.Ahli Parlimen (AP) Elysa Chen membuat gesaan ini di parlimen pada hari Khamis (25 September), dan mencadangkan cara untuk menyokong penjaga dengan lebih baik dan membina Singapura yang penyayang, berdaya tahan dan bertamadun. (Source: Channel News Asia)
MEMASTIKAN WARGA EMAS TERUS DIRANGKUMI
Dengan penduduk Singapura yang semakin menua, beberapa AP juga membincangkan cara-cara untuk memastikan warga emas kekal aktif dan terlibat dalam masyarakat.
Menteri Negara Kesihatan merangkap Penerangan dan Pembangunan Digital Rahayu Mahzam menyatakan bahawa warga emas mungkin berasa tertekan dalam usaha untuk mengikuti fungsi dan aplikasi digital.
Bagi mereka yang belum bersedia untuk beralih ke arah digital, perkhidmatan dan skim pemerintah secara fizikal masih tersedia.
Garis panduan untuk mereka bentuk perkhidmatan digital pemerintah turut diperbaharui bagi memastikan ia lebih mudah diakses.
Melangkah ke hadapan, pemerintah akan menubuhkan Kelab Digital, di mana warga emas boleh mempelajari kemahiran digital, dalam Pusat Penuaan Aktif, kata Cik Rahayu.
(Gemini Translated): Komitmen Singapura untuk mewujudkan komuniti penjagaan harus berkekalan, walaupun kehidupan kita di Singapura semakin didigitalkan, kata Menteri Negara bagi Pembangunan Digital dan Maklumat Rahayu Mahzam.Bercakap di parlimen pada hari Khamis (25 September), beliau menekankan keperluan untuk memastikan bahawa usaha pendigitalan membantu setiap rakyat Singapura.Tiada sesiapa pun yang harus ditinggalkan dan rakyat Singapura harus berasa selamat dan dihormati dalam ruang digital, tambahnya.Cik Rahayu memberitahu Dewan bahawa kerajaan komited untuk memastikan setiap rakyat Singapura boleh menjadi sebahagian daripada masa depan digital Singapura."Bersama-sama, kita boleh membina Negara Pintar yang benar-benar berkhidmat untuk semua - bukan sahaja mereka yang celik digital - tetapi kita semua dengan kebolehan dan keperluan kita yang berbeza," katanya. (Source: Channel News Asia)
AP Alex Yam (PAP-GRC Marsiling-Yew Tee) juga menyeru agar lebih banyak kerjasama dijalinkan antara warga emas dan belia.
"Konsep 'masyarakat diutamakan bukan individu' memerlukan pemahaman antara generasi.
"Kita harus menggalakkan golongan warga emas, yang lebih berpengalaman, untuk menjadi mentor dan menyertai dalam perancangan projek masyarakat," katanya.
AP Cai Yinzhou (PAP-GRC Bishan-Toa Payoh) mencadangkan penubuhan "Pasukan Warga Emas", setara dengan Pasukan Belia untuk warga emas, bagi memanfaatkan kemahiran dan kebijaksanaan warga emas dan memadankan mereka dengan sekolah dan belia untuk memberikan bimbingan.
Encik Cai juga menyeru agar lebih banyak penjelasan diberikan mengenai pilihan naik taraf flat dan Skim Pembangunan Semula Awal Secara Sukarela (VERS) yang saksama, merujuk kepada penduduk yang "bimbang" tentang masa depan rumah mereka.
MENANGANI KETIDAKSAMAAN KEKAYAAN
AP juga menyentuh tentang kepentingan menangani ketidaksamaan kekayaan dan mencadangkan cara-cara untuk merapatkan jurang.
AP Xie Yao Quan (PAP-Jurong Central) berkata meritokrasi Singapura mungkin tidak sempurna, tetapi adalah penting untuk memastikan ia berfungsi, kerana ia tetap penting untuk keharmonian sosial.
AP David Hoe (PAP-Jurong East-Bukit Batok) dan AP Gerald Giam (WP-Aljunied) kedua-duanya mencadangkan satu bentuk Kredit SkillsFuture 'junior' untuk membantu anak muda yang kurang berkemampuan meneroka minat mereka.
Beliau turut menggesa Kementerian Pendidikan (MOE) menimbangkan dan melihat menjangkaui Peperiksaan Tamat Sekolah Rendah (PSLE) serta merintis model baharu dengan keperluan kemasukan alternatif bagi sekolah menengah.
Sumber : CNA/AT/at
Source: Berita Mediacorp